Perutusan Pengerusi Majlis Daerah Beaufort
Pertamanya saya panjatkan ucapan kesyukuran terhadap Allah s.w.t kerana dengan izin-Nya laman web Majlis Daerah Beaufort (MDB) ini berjaya dizahirkan juga akhirnya. Saya dengan sukacitanya mengalu-alukan anda melayari Laman Web Rasmi MDB ini dan berharap agar anda semua berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan.
Laman Web Rasmi MDB merupakan satu mercu tanda bagi penyebaran maklumat yang tepat melalui pelbagai usaha dan kegiatan seperti penyelidikan, seminar, bengkel, forum, perundingan, latihan dan penerbitan.
Arus perkembangan dunia ICT yang begitu pesat di dunia tanpa sempadan ini menyaksikan perubahan ketara terhadap ‘teknologi komunikasi’ yang membolehkan semua masyarakat dunia mendapatkan sebarang maklumat yang dicari dengan cepat, tepat dan mudah.
Dengan terciptanya laman web ini, pihak MDB mengalu-alukan era maklumat segera dan tidak terhad ini. Terbinanya laman web ini juga akan memberi peluang kepada masyarakat untuk memperoleh maklumat terkini, dan dapat mengenali MDB dengan lebih dekat lagi.
Akhir kata, saya merakamkan penghargaan dan ucapan syabas kepada semua warga MDB yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di atas kerjasama dalam menzahirkan dan menjayakan penciptaan laman web rasmi ini.
Insya-Allah, laman web ini akan terus dipertingkatkan dan diperbaiki dari semasa ke semasa.
HJ. JUPARI @ JUPRY BIN ETOK
PENGERUSI
MAJLIS DAERAH BEAUFORT