Bahagian Kesihatan dan Perkhidmatan Bandar
Objektif
Memastikan keadaan pekan-pekan dan premis-premis perniagaan sentiasa dalam keadaan bersih dan indah dan aktiviti-aktiviti perniagaan dijalankan dengan sihat serta berdasarkan Undang-undang Kecil dan peraturan kawalan yang dikuatkuasakan.
Fungsi dan Perkhidmatan / Aktiviti.
Bertanggung jawab ke atas pembersihan dan pengindahan halaman.
- Pembersihan lorong-lorong dan tempat awam.
- Mengumpul, mengangkut dan melupuskan sampah sarap.
- Memotong rumput dan pembersihan parit.
- Penyelanggaraan tapak semaian.
- Penanaman pokok kayu dan bunga.
- Penyelenggaraan pokok kayu dan bunga
Bertanggung jawab ke atas perkhidmatan kesihatan.
- Kawalan mutu makanan dan kebersihan premis.
- Kawalan vektor dan vermin.
- Perkhidmatan pembersihan Tandas Awam.
Bertanggung jawab ke atas perkhidmatan bengkel.
- Menyelaras penggunaan mesin dan kenderaan.
- Pembaikan kerosakan mesin-mesin dankenderaan-kenderaan Majlis.
- Kerja-kerja ketukangan.