Fungsi Majlis Daerah Beaufort
- Mengawal serta memastikan semua aktiviti perniagaan dilesenkan.
- Merancang dan mengawal pembangunan bagi mewujudkan pembangunan yang tersusun dan terancang serta selaras dengan perkembangan dan keperluan semasa.
- Memastikan pengurusan aktiviti-aktiviti pembangunan infrastruktur dan perkhidmatan awam mengikut perancangan yang teratur.
- Menyelenggara sistem saliran / perparitan supaya berada dalam keadaan sempurna agar tidak berlaku banjir kilat atau masalah-masalah lain yang berkaitan dengannya.
- Menyelaras pembaikan dan penyelanggaraan sistem pembentungan najis Majlis.
- Mempertingkatkan kemudahan-kemudahan asas dan infrastruktur perkampungan dan perumahan dalam kawasan Majlis.
- Membina gerai / kedai bagi menggalakkan kegiatan ekonomi serta memenuhi permintaan meniaga kepada peniaga-peniaga kecil.
- Pemeriksaan berjadual ke atas bangunan-bangunan Majlis
- Menyediakan kemudahan-kemudahan awam seperti pasar, dewan, taman permainan, perhentian bas dan sebagainya untuk keperluan penduduk setempat.
- Menyediakan landskap-landskap yang menarik / tanaman bunga-bungaan dan pokok peneduh bagi mewujudkan pemandangan yang cantik , selesa dan menarik.
- Memastikan keadaan pekan-pekan dan premis-premis perniagaan sentiasa dalam keadaan bersih dan indah dan aktiviti-aktiviti perniagaan dijalankan dengan sihat serta berdasarkan Undang-undang Kecil dan peraturan kawalan yang dikuatkuasakan
- Menyediakan kemudahan-kemudahan riadah / rekreasi kepada penduduk-penduduk tempatan dan pelancong
- Mengawal sistem letak kereta di pekan Beaufort