Bahagian Kejuruteraan
Objektif
Memastikan pengurusan aktiviti-aktiviti pembangunan infrastruktur dan perkhidmatan awam mengikut perancangan yang teratur.
Fungsi dan Perkhidmatan / Aktiviti.
Penyelarasan dan pengawalan pembangunan dalam kawasan Majlis.
- Proses kelulusan Pelan Pembangunan.
- Proses kelulusan Pelan Bangunan.
- Proses kelulusan Penukaran Zon.
- Proses kelulusan Pelan Pengubahsuaian Bangunan.
- Proses kelulusan Pelan infrastruktur / kemudahan awam
- (Perparitan, Jalanraya, Sistem Pembentungan Najis, Landskap, Lampu Jeraya dan Kerja Tanah)
- Pengeluaran Sijil Menghuni (O.C.)
- Proses kelulusan Pelan Pembahagian Tanah.
Penyelarasan dan perancangan projek pembangunan Majlis.
- Pembangunan landskap bagi kawasan baru.
- Projek pembangunan baru.
- Mengurus pemanggilan tender / sebutharga Majlis.
- Penyediaan dokumen tender / sebutharga.
- Analisa tender / sebutharga.
- Mengurus pendaftaran kontraktor.
- Penyeliaan perlaksanaan projek-projek.
Perkhidmatan penyelenggaraan kemudahan awam.
- Menyelaras pembaikan dan penyelanggaraan sistem pembentungan najis Majlis.
- Menyelaras pembaikan dan penyelanggaraan jalanraya Majlis.
- Menyelaras pembaikan dan penyelanggaraan lampu jeraya.
- Menyelaras pembaikan dan penyelanggaraan sistem perparitan.
- Menyelaras pembaikan dan penyelanggaraan kawasan lapang.
Penyeliaan harta benda Majlis
- Pembaikan kerosakan bangunan-bangunan Majlis.
- Pemeriksaan berjadual ke atas bangunan-bangunan Majlis.
Pengurusan mesyuarat.
- Urusetia mesyuarat Jawatankuasa Perancang Bandar dan Pelan Bangunan Majlis.
- Urusetia mesyuarat Jawatankuasa Lalulintas, Tempat letak kereta dan Lampu Jalan raya.
- Urusetia mesyuarat Lembaga Tawaran.