Font Size

Screen

Profile

Menu Style

Cpanel
  • PDF

Kerajaan Malaysia

Malaysia (Tulisan Jawi; مليسيا) ialah sebuah negara raja berperlembagaan persekutuan di Asia Tenggara yang terdiri daripada tiga belas negeri dan tiga wilayah persekutuan, yang menduduki bumi berkeluasan 329,847 kilometer persegis (127,350 batu²).[2][11] Malaysia terbahagi kepada dua kawasan yang mengapit Laut China Selatan, iaitu Semenanjung Malaysia dan Borneo Malaysia (juga Malaysia Barat dan Timur).[2] Malaysia berkongsi sempadan darat dengan Thailand, Indonesia, dan Brunei[2] dan juga sempadan laut dengan Singapura dan Filipina.[12] Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur, manakala Putrajaya merupakan pusat kerajaan persekutuan. Pada tahun 2009, Malaysia diduduki 28 juta orang.[5]

Malaysia berakar-umbikan Kerajaan-Kerajaan Melayu yang wujud di wilayahnya dan menjadi taklukan Empayar British sejak abad ke-18. Wilayah British pertama di sini dikenali sebagai Negeri-Negeri Selat. Semenanjung Malaysia yang ketika itu dikenali sebagai Tanah Melayu atau Malaya, mula-mula disatukan di bawah komanwel pada tahun 1946, sebelum menjadi Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Pada tahun 1963, Tanah Melayu bersatu dengan negeri Sabah, Sarawak, dan Singapura. Pada tahun 1965, Singapura keluar dari persekutuan untuk menjadi negara kota yang bebas. Semenjak itu, Malaysia menikmati antara ekonomi yang terbaik di Asia, dengan purata pertumbuhan keluaran dalam negara kasarnya (KDNK) kira-kira 6.5% selama 50 tahun pertama kemerdekaannya.[13] Ekonomi negara yang selama ini dijana oleh sumber alamnya kini juga berkembang dalam sektor-sektor sains, pelancongan, perdagangan dan perubatan.

Ketua negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong, iaitu raja elektif yang terpilih dari kalangan sembilan raja negeri Melayu. Ketua kerajaannya pula ialah Perdana Menteri.[14][15] Sistem kerajaan Malaysia banyak berdasarkan sistem parlimen Westminster[16], dan sistem perundangannya juga berasaskan undang-undang am Inggeris.

Malaysia terletak berdekatan dengan khatulistiwa dan beriklim tropika,[2] serta mempunyai kepelbagaian flora dan fauna, sehingga menjadi salah satu daripada 17 negara megadiversiti.[17] Di Malaysia terletaknya Tanjung Piai, titik paling selatan di seluruh tanah besar Eurasia. Malaysia ialah sebuah negara perintis Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara dan Pertubuhan Persidangan Islam, dan juga anggota Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik, Negara-Negara Komanwel, dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali.

 

Pautan: Portal Kerajaan Malaysia

You are here Sumber Pautan Pilihan Kerajaan Malaysia
Majlis Daerah Beaufort

Majlis Daerah Beaufort menjamin kesejahteraan masyarakat majmuk di Daerah Beaufort.

Newsletter

Subcribe
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini176
mod_vvisit_counterSemalam292
mod_vvisit_counterMinggu Lalu3286
mod_vvisit_counterBulan Lalu13863
mod_vvisit_counterKeseluruhan669672

We have: 46 guests online
IP Anda: 54.162.234.109
Hari ini: Apr 25, 2017