Font Size

Screen

Profile

Menu Style

Cpanel
  • PDF

Sabah Government

Sabah Gov

Sabah, negeri yang kedua terbesar di Malaysia, terletak di utara pulau Borneo, pulau ketiga terbesar di dunia. Sabah meliputi kawasan seluas 72,500 kilometer persegi dengan pantai sepanjang 1,440 kilometer dengan Laut Cina Selatan terletak di pantai barat, Laut Sulu di sebelah timur laut dan Laut Celebes di sebelah selatan.

Dengan gelaran "Negeri Di Bawah Angin [iaitu Bayu]" , Sabah tidak sahaja kaya dengan keindahan semulajadi tetapi ia juga kaya dengan warisan budaya penduduknya.

Flora and Fauna

>Sabah adalah kaya dengan berbagai-bagai jenis tumbuhan. Bunga terbesar di dunia Rafflesia dengan kuntumnya berukuran tiga meter garis pusat ditemui di Sabah.Banyak spesies anggerik/ orkid, periok kera dan rhododendron yang didapati tumbuh di Sabah.

Sabah adalah satu kawasan berbukit bukau. Kawasannya yang bergunung-ganang disilangi dengan sungai-sungai yang mengalir melalui lembah-lembah menerusi dataran tanah yang subur. Banyak gua ditemui di hutan-hutannya. Gunung Kinabalu yang tertinggi di Asia Tenggara tersergam indah dengan ketinggian 4,101 meter.

Hutannya yang subur menghijau menjadi tempat lindungan bagi hidupan liar seperti badak sumbu Sumatra, orang utan, gajah, pelanduk, monyet, tupai terbang, rusa dan burung.

Rakyat Sabah dan Sejarah

Sabah juga dirahmati dengan penduduk berbilang kaum. Masyarakat aslinya terdiri daripada sekurang-kurangnya 30 kumpulan menggunakan lebih daripada 50 bahasa dan tidak kurang daripada 80 dialek.

Kumpulan etnik yang utama adalah: Kadazandusun (merupakan satu pertiga dari jumlah penduduk Sabah), Murut, Paitan, dan Bajau. Kumpulan penduduk asli yang lain termasuk Bonggi, Iranun, Ida'an dan Brunei. Sebagai tambahan, kaum Cina merupakan kumpulan penduduk bukan asli yang terbesar. Dengan itu, Sabah adalah kaya dengan penduduk berbagai-bagai kaum dengan latarbelakang kebudayaan masing-masing.

Berdasarkan kepada jumpaan arkeologi, Sabah telah diduduki oleh penghuni sekurang-kurangnya 28,000 tahun yang lalu. Islam sampai di Sabah menjelang akhir abad ke-5 dan ke-16 melalui pedagang Arab dan India dan juga hasil dari pengembangan kerajaan Kesultanan Melayu Brunei.

Orang-orang Eropah datang ke Sabah dua abad kemudiannya. Dalam 1775, Syarikat Hindia-Timur British membuka tempat perdagangan di Pulau Balembangan. Bagaimanapun, Sabah telah ditadbir dengan jayanya oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British dari 1881 hingga 1942 apabila tentera Jepun menduduki negeri ini. Selepas kehancuran akibat peperangan, Sabah jadi jajahan British sehingga 31 Ogos 1963 apabila ia mencapai pemerintahan sendiri dari pihak British. Pada 16 September 1963, Sabah bersama Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu menjadi Persekutuan Malaysia.

Dipetik daripada : Warisan Sabah : Pengenalan Ringkas Sejarah dan Warisan Sabah. Jabatan Muzium Sabah, Kota Kinabalu.1992.

 

Pautan: Kerajaan Negeri Sabah

You are here Sumber Pautan Pilihan Sabah Government
Majlis Daerah Beaufort

Majlis Daerah Beaufort menjamin kesejahteraan masyarakat majmuk di Daerah Beaufort.

Newsletter

Subcribe
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini310
mod_vvisit_counterSemalam269
mod_vvisit_counterMinggu Lalu2621
mod_vvisit_counterBulan Lalu10884
mod_vvisit_counterKeseluruhan690154

We have: 46 guests, 3 bots online
IP Anda: 107.22.63.172
Hari ini: Jun 24, 2017