Font Size

Screen

Profile

Menu Style

Cpanel

MyID

  • PDF

myID

Kad Pengenalan merupakan dokumen pengenalan diri bagi seseorang warganegara Malaysia. Nombor Kad Pengenalan merupakan nombor pengenalan diri yang unik bagi setiap warganegara dan merupakan maklumat penting yang diperoleh dan disimpan oleh agensi apabila seseorang warganegara sebagai individu berurusan dengan agensi Kerajaan.

Sebagai usaha untuk terus mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan dan selaras dengan konsep “1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”, Kerajaan di bawah pimpinan YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia,  telah memperkenalkan inisiatif yang dikenali sebagai MyID, dimana, nombor Kad Pengenalan dijadikan sebagai nombor rujukan tunggal bagi warganegara Malaysia. Objektif utama inisiatif ini adalah untuk memudahkan warganegara berurusan dengan pelbagai agensi Kerajaan.

 

Pautan: Laman Web Rasmi MyID

mySMS

  • PDF

mySMS

Gerbang SMS Kerajaan my SMS adalah satu usaha yang membolehkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan Kerajaan dengan mudah dan ringkas melalui satu nombor SMS iaitu 15888.

OBJEKTIF GERBANG SMS KERAJAAN MySMS

Menyediakan infrastruktur perkhidmatan SMS bagi meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan;
Memudahkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan Kerajaan melalui satu nombor SMS yang sama; dan
Memastikan caj perkhidmatan SMS yang dikenakan kepada pengguna adalah seragam dan munasabah.

JENIS PERKHIDMATAN SMS

Jenis-jenis perkhidmatan yang ditawarkan menerusi SMS termasuklah:

  • SMS Maklumat di atas permintaan (Information On Demand) - Penghantaran maklumat kepada orang ramai yang memohon. Contoh semakan status permohonan lesen, permit dan keputusan peperiksaan
  • SMS Dokumen di atas permintaan (Document On Demand) - Penghantaran dokumen kepada orang ramai yang memohon. Contoh borang permohonan jawatan kosong, tips keselamatan jalan raya dan jadual perjalanan keretapi
  • SMS Broadcast - Penghantaran SMS hebahan dari agensi Kerajaan kepada orang ramai. Contoh notifikasi tarikh akhir pemulangan borang cukai pendapatan, hebahan maklumat bencana dan notifikasi tamat tarikh lesen memandu
  • SMS Aduan - Penghantaran SMS aduan dari orang ramai kepada agensi Kerajaan

 

CAJ PERKHIDMATAN SMS

Pengguna akan dikenakan caj apabila menggunakan perkhidmatan SMS. Bentuk caj yang dikenakan adalah:

  • Caj bagi perkhidmatan yang dipohon oleh pengguna adalah RM 0.35 akan ditanggung oleh pengguna seperti pertanyaan status Pemilihan Pelatih Khidmat Negara atau semakan waktu solat dari JAKIM.
  • Caj bagi perkhidmatan notifikasi dan hebahan oleh agensi Kerajaan adalah RM 0.10 akan ditanggung oleh agensi Kerajaan seperti notifikasi tarikh akhir pemulangan borang cukai pendapatan atau pemberitahuan tarikh luput lesen memandu

 

Pautan: mySMS

MSC Malaysia

  • PDF

MSC Malaysia

MSC Malaysia has helped revolutionise the ICT industry in Malaysia and helped contribute to the economical development of the country's economy. By doing so, MSC Malaysia has helped bridge the digital gap between the nation and its capability to conduct e-commerce.     


Bill of Guarantees

  • Provide a world-class physical and information infrastructure.
  • Allow unrestricted employment of local and foreign knowledge workers.
  • Ensure freedom of ownership by exempting companies with MSC Malaysia Status from local ownership requirements.
  • Give the freedom to source capital globally for MSC Malaysia infrastructure, and the right to borrow funds globally.
  • Provide competitive financial incentives, including no income tax for up to 10 years or an investment tax allowance, and no duties on import of multimedia equipment.
  • Become a regional leader in intellectual property protection and cyberlaws.
  • Ensure no Internet censorship.
  • Provide globally competitive telecommunications tariffs.
  • Tender key MSC Malaysia infrastructure contracts to leading companies willing to use the MSC Malaysia as their regional hub.
  • Provide an effective one-stop agency - MDeC.

 

Pautan: MSC Malaysia

Ketua Menteri Sabah

  • PDF

Ketua Menteri Sabah

HALATUJU

Semasa Y.A.B. Datuk Chong Kah Kiat menerajui Kerajaan Negeri, beliau telah memberi tumpuan kepada tiga masalah besar, iaitu (1) pendatang haram atau PATI, (2) pembalakan secara haram dan (3) amalan menggunakan bom dalam penangkapan ikan. Ketiga-tiganya memerlukan penyelesaian melalui tindakan penguatkuasaan yang lebih rapi.

Saya mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan penghargaan atas kejayaan beliau menangani sebahagian besar daripada masalah-masalah ini. Amat nyata sekali bahawa rakyat Negeri Sabah amat berterima kasih kerana beban ini dapat dikurangkan dalam masa yang agak singkat.

PERANCANGAN DAN KOMITMEN

Sebagai Ketua Menteri baru, pertama sekali, saya akan pastikan kejayaan yang dicapai oleh mantan Ketua Menteri akan terus dipertahankan.

Di samping itu, usaha ke arah mengurangkan pembaziran serta meningkatkan kecekapan jentera awam negeri dan agensi-agensinya juga akan terus diperhebatkan. Usaha ini telahpun diberi perhatian dalam Bajet 2003 Negeri Sabah yang dibentangkan pada bulan Oktober lalu. Antara penekanan yang akan diberi tumpuan ialah (i) meningkatkan lagi kemahiran dan kecekapan pasukan pengurusan di semua peringkat organisasi, (ii) meningkatkan kualiti profesionalisme dan (iii) memantapkan budaya akauntabiliti semua pihak.

Organisasi serta mereka yang tidak mengendahkan usaha ini akan menerima tindakan yang wajar. Sekaligus, agensi-agensi yang lemah juga akan dipulihkan.

Namun, tumpuan utama akan hendaklah diberikan kepada Agenda Pembangunan dan Kemajuan Negeri Sabah secara menyeluruh.

a) Agenda Pembangunan Ekonomi

Bagi meningkatkan kekuatan dan kestabilan ekonomi negeri, agar ia tumbuh secara mapan, sektor pertanian, pelancongan dan pembuatan akan diberi keutamaan.

Pertama, sektor pertanian perlu dipermodenkan untuk meningkatkan lagi produktiviti pengeluaran produk, menjana lebih banyak produk-produk nilai tambah, meningkatkan mutu produk, di samping mengurangkan kebergantungan kepada bahan-bahan makanan import. Konsep penzonan yang lebih efektif dari segi pengeluaran produk juga akan diperkenalkan.

Sektor ini perlu diperkembangkan hingga menjadi sumber utama dalam pembangunan dan kemajuan ekonomi negeri Sabah. Dalam konteks ini, proses pertanian perlu dipermodenkan, dari peringkat penanaman hingga pemprosesan sesuatu produk serta pemasarannya. Melalui perubahan ini, Negeri Sabah akan muncul sebagai pusat pertanian moden yang terkemuka di peringkat nasional dan rantau ini.

Khazanah biodiversiti Sabah juga perlu diterokai secara lebih bijak dan agresif. Universiti dan badan-badan penyelidikan awam serta swasta akan memainkan peranan utama dalam memantapkan kegiatan penyelidikan dan pembangunan (R & D) dan mencetuskan era bioteknologi dan bioekonomi di Negeri Sabah. Sebagi contoh, potensi akuakultur, perikanan laut dalam dan herba perlu direalisasikan sepenuhnya.

Dalam menjayakan perubahan sektor pertanian, Kerajaan Negeri akan melipatgandakan penyaluran bantuan (modal, kepakaran, infrastruktur dan jaringan), terutamanya daripada Kerajaan Persekutuan. Di samping itu, pihak swasta juga akan dilibatkan secara aktif.

Kedua, sektor pelancongan akan diperkembangkan lagi agar sumbangannya kepada KDNK negeri menjadi lebih besar. Selain menarik bilangan pelancong yang lebih ramai melalui pemasaran yang lebih strategik, usaha-usaha ke arah meningkatkan infrastruktur, produk-produk baru yang sesuai dengan pelanggan dan nic baru akan menjadi sasaran utama. Saranan Y.A.B. Perdana Menteri untuk menarik seramai 23 juta pelancong perlu disambut secara positif. Negeri Sabah perlu mensasarkan sekitar 2.7 juta pelancong setahun dalam masa 5 tahun.

Ketiga, di sektor perusahaan peranan dan sumbangan SMI dan SME akan diberi perhatian. Selain meningkatkan kekurangan infrastruktur bagi membantu SMI dan SME, mereka juga perlu memodenkan perusahaan mereka.

Memandangkan negara kita telah menggiatkan proses peralihan ke arah K-ekonomi, saya juga akan meninjau semula agenda pembangunan negeri untuk menjayakan peralihan ini sebagai pelengkap kepada P-ekonomi. Bagi menjayakan agenda ini, isu jurang digital (digital divide) antara masyarakat desa dan bandar serta SME dan SMI akan ditangani secara sistematik.

Pada hemat saya, bagi menjayakan ketiga-tiga teras pembangunan ekonomi yang disebutkan, tumpuan serius perlu diberikan kepada aspek pembangunan dan kemajuan sumber manusia. Dalam konteks ini, semua aspek pembangunan negeri akan disemak untuk memastikan keperluan sumber manusia adalah seiring dengan permintaan kemajuan yang dirancang di peringkat negeri. Sumbangan institusi pendidikan dan latihan, seperti IPTA, IPTS, politeknik, ILP (Institut Latihan Perindustrian) dan sebagainya perlu dimanfaatkan sepenuhnya.

Dalam konteks rancangan jangka panjang kita perlu kurangkan kebergantungan kepada pekerja/buruh asing, khususnya mereka yang kurang mahir.

Hubungan antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan yang mesra dan baik perlu dimanfaatkan dalam bentuk kerjasama yang lebih erat dan efektif antara jentera Persekutuan dan Negeri. Jalinan ini akan mempercepatkan lagi proses pembangunan dan kemajuan negeri.

b) Agenda Pembangunan Sosial

Walaupun kemajuan ekonomi negeri diberi keutamaan, namun komitmen terhadap keperluan sosial tidak boleh diketepikan. Pembelaan rakyat termiskin dan mereka yang berada di luar bandar akan terus mendapat perhatian. Program sosioekonomi bagi menangani masalah kadar kemiskinan yang agak tinggi dan penyediaan infrastruktur, kos rumah rendah dan sederhana akan terus dipergiatkan. Sebagai contoh, Jawatankuasa Kerja Kemiskinan akan diaktifkan semula untuk menyelaras dan memantau kejayaan program.

Penyediaan tapak dan perumahan yang sesuai akan disediakan agar kaum Bumiputera tidak terpinggir daripada kawasan bandar. Langkah ini juga akan mengurangkan masalah setinggan di kawasan bandar.

Oleh kerana rakyat agak peka tentang kepentingan alam sekitar maka usaha yang lebih sistematik akan digiatkan untuk meningkatkan kualiti hidup mereka. Antara yang disasarkan ialah aspek pembersihan dan menceriakan kawasan bandar dan desa. Program ini akan meningkatkan imej Negeri Sabah dan boleh menjadi satu lagi daya tarikan pelancongan.

c) Agenda Politik

Oleh kerana Pilihanraya Negeri perlu diadakan selewat-lewatnya pada bulan Mac 2004 saya juga akan memberi tumpuan kepada hal ini. Persediaan awal ke arah pencapaian kemenangan Barisan Nasional akan mendapat perhatian.

Saya juga ingin melihat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang etnik diberi nafas yang baru. Usaha-usaha ke arah ‘ethnic trust building’ akan dipergiatkan demi kepentingan masa depan kita. Rakyat Negeri Sabah perlu menerima hakikat bahawa kestabilan politik dan ekonomi akan memastikan Agenda Pembangunan dan Kemajuan Negeri Sabah menjadi suatu realiti menjelang tahun 2020.

Di peringkat parti, UMNO, sebagai parti tunggak Kerajaan Barisan Nasional, akan sentiasa bekerjasama dengan parti-parti komponen BN agar visi dan misi besar ini diberi dukungan yang padu.

Walaupun pihak kerajaan akan menerajui proses pembangunan negeri, namun rakyat juga mempunyai peranan dan tanggungjawab mereka. Kita perlu gemblingkan tenaga kita agar kejayaan yang dicapai dikongsi bersama. Dalam semangat inilah, akhir sekali saya mengajak semua pihak, sama ada pemimpin atau rakyat jelata, marilah kita membulatkan tekad kita untuk menjayakan misi Kerajaan Barisan Nasional Sabah.

 

Pautan: Laman Web Rasmi Ketua Menteri Sabah

Portal 1Malaysia

  • PDF

Sabah Gov

1Malaysia diwujudkan dengan tujuan untuk menyediakan satu forum yang bebas dan terbuka bagi membincangkan tentang perkara yang benar-benar dekat di hati kita sebagai satu bangsa. Ia menyediakan peluang untuk meluahkan dan menerokai kepelbagaian perspektif masyarakat kita. Apa yang menjadikan Malaysia unik adalah kepelbagaian rakyat kita.

Matlamat 1Malaysia adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian ini yang selama ini menjadi kekuatan kita dan akan kekal sebagai bekalan terbaik kita untuk masa hadapan. Saya berharap agar laman web ini akan menjadi permulaan kepada satu dialog yang penting dan terbuka bagi menerokai identiti, tujuan dan hala tuju kita sebagai rakyat Malaysia.

Saya menggalakkan setiap orang daripada anda menyertai saya dalam memberikan takrifan kepada Malaysia kita dan peranan yang perlu kita mainkan untuk masa hadapannya. Setiap kita – di sebalik segala perbezaan kita – berkongsi impian untuk satu masa hadapan yang lebih baik. Setiap kita mahukan peluang, dihormati, persahabatan dan saling memahami.

Dato' Sri Najib Razak

 

Pautan: Portal 1Malaysia

MAMPU

  • PDF

Menyingkap tabir sejarah, MAMPU ditubuhkan hasil daripada Laporan 'Development Administrative in Malaysia' oleh Prof. John D. Montgomery dan Milton J. Esman yang memperakukan peningkatan profesionalisme melalui program-program pendidikan dan latihan bagi semua lapisan kakitangan dalam Perkhidmatan Awam. Atas cadangan laporan yang sama, maka pada tahun 1966, Unit Pentadbiran Pembangunan (DAU) ditubuhkan yang bertanggungjawab dalam pengembangan usaha-usaha pembaikan pembaharuan pentadbiran Kerajaan.

DAU kemudiannya dikembangkan menjadi ICDAU yang berfungsi untuk menyelaras projek-projek pembangunan serta perancangan tenaga manusia.Selaras dengan perkembangan pentadbiran awam yang pesat lagi dinamik, ICDAU kemudiannya telah disusun semula pada tahun 1977.

Pada tahun 1986, fungsi perancangan tenaga manusia telah dipindahkan kepada beberapa agensi lain bagi membolehkan MAMPU memberi tumpuan kepada pemodenan tadbiran dan perundingan pengurusan Sektor Awam. Sejak itu, MAMPU dikenali sebagai Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia.

Visi

Peneraju Kecemerlangan Pemodenan Pentadbiran Perkhidmatan Awam Yang Terbilang Menjelang 2015

Misi

Memacu transformasi sektor awam untuk meningkatkan kesejahteraaan rakyat dan menyokong peningkatandaya saing negara melalui pemerkasaan pengurusan organisasi dan ICT secara inovatif dan strategik.

Moto

Bersama Melaksana Transformasi

Peranan

Sebagai agensi pusat bagi pemodenan pentadbiran dan transformasi sistem penyampaian Perkhidmatan Awam, MAMPU melaksanakan empat peranan utama berikut:

Penggerak dan agen perubahan pentadbiran dan pengurusan bagi Perkhidmatan Awam
Memperkenalkan dan mempromosi program-program pembaharuan bagi jentera pentadbiran serta menilai dan mengiktiraf tahap prestasi agensi Kerajaan dalam pengurusan dan penyampaian perkhidmatan untuk memastikan Perkhidmatan Awam yang cekap, berkesan dan responsif.

Perancang dan peneraju dalam pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) Sektor Awam
Merancang, menggubal, menyelaras dan menilai pelaksanaan pembangunan ICT Sektor Awam bagi memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan.

Pakar runding dalam pengurusan organisasi dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) Sektor Awam
Memberi khidmat nasihat dan perundingan bagi memantapkan struktur, sistem, prosedur kerja dan pelaksanaan pembangunan ICT ke arah meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan agensi Kerajaan.

Pemudah cara bagi pelaksanaan program pemodenan dan transformasi sistem penyampaian Perkhidmatan Awam
Mengembleng ilmu, kepakaran dan sumber pelbagai pihak (awam, swasta dan badan bukan Kerajaan) ke arah memperkasa pemodenan pentadbiran dan sistem penyampaian perkhidmatan.

Kerajaan Malaysia

  • PDF

Malaysia (Tulisan Jawi; مليسيا) ialah sebuah negara raja berperlembagaan persekutuan di Asia Tenggara yang terdiri daripada tiga belas negeri dan tiga wilayah persekutuan, yang menduduki bumi berkeluasan 329,847 kilometer persegis (127,350 batu²).[2][11] Malaysia terbahagi kepada dua kawasan yang mengapit Laut China Selatan, iaitu Semenanjung Malaysia dan Borneo Malaysia (juga Malaysia Barat dan Timur).[2] Malaysia berkongsi sempadan darat dengan Thailand, Indonesia, dan Brunei[2] dan juga sempadan laut dengan Singapura dan Filipina.[12] Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur, manakala Putrajaya merupakan pusat kerajaan persekutuan. Pada tahun 2009, Malaysia diduduki 28 juta orang.[5]

Malaysia berakar-umbikan Kerajaan-Kerajaan Melayu yang wujud di wilayahnya dan menjadi taklukan Empayar British sejak abad ke-18. Wilayah British pertama di sini dikenali sebagai Negeri-Negeri Selat. Semenanjung Malaysia yang ketika itu dikenali sebagai Tanah Melayu atau Malaya, mula-mula disatukan di bawah komanwel pada tahun 1946, sebelum menjadi Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Pada tahun 1963, Tanah Melayu bersatu dengan negeri Sabah, Sarawak, dan Singapura. Pada tahun 1965, Singapura keluar dari persekutuan untuk menjadi negara kota yang bebas. Semenjak itu, Malaysia menikmati antara ekonomi yang terbaik di Asia, dengan purata pertumbuhan keluaran dalam negara kasarnya (KDNK) kira-kira 6.5% selama 50 tahun pertama kemerdekaannya.[13] Ekonomi negara yang selama ini dijana oleh sumber alamnya kini juga berkembang dalam sektor-sektor sains, pelancongan, perdagangan dan perubatan.

Ketua negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong, iaitu raja elektif yang terpilih dari kalangan sembilan raja negeri Melayu. Ketua kerajaannya pula ialah Perdana Menteri.[14][15] Sistem kerajaan Malaysia banyak berdasarkan sistem parlimen Westminster[16], dan sistem perundangannya juga berasaskan undang-undang am Inggeris.

Malaysia terletak berdekatan dengan khatulistiwa dan beriklim tropika,[2] serta mempunyai kepelbagaian flora dan fauna, sehingga menjadi salah satu daripada 17 negara megadiversiti.[17] Di Malaysia terletaknya Tanjung Piai, titik paling selatan di seluruh tanah besar Eurasia. Malaysia ialah sebuah negara perintis Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara dan Pertubuhan Persidangan Islam, dan juga anggota Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik, Negara-Negara Komanwel, dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali.

 

Pautan: Portal Kerajaan Malaysia

Sabah Government

  • PDF

Sabah Gov

Sabah, negeri yang kedua terbesar di Malaysia, terletak di utara pulau Borneo, pulau ketiga terbesar di dunia. Sabah meliputi kawasan seluas 72,500 kilometer persegi dengan pantai sepanjang 1,440 kilometer dengan Laut Cina Selatan terletak di pantai barat, Laut Sulu di sebelah timur laut dan Laut Celebes di sebelah selatan.

Dengan gelaran "Negeri Di Bawah Angin [iaitu Bayu]" , Sabah tidak sahaja kaya dengan keindahan semulajadi tetapi ia juga kaya dengan warisan budaya penduduknya.

Flora and Fauna

>Sabah adalah kaya dengan berbagai-bagai jenis tumbuhan. Bunga terbesar di dunia Rafflesia dengan kuntumnya berukuran tiga meter garis pusat ditemui di Sabah.Banyak spesies anggerik/ orkid, periok kera dan rhododendron yang didapati tumbuh di Sabah.

Sabah adalah satu kawasan berbukit bukau. Kawasannya yang bergunung-ganang disilangi dengan sungai-sungai yang mengalir melalui lembah-lembah menerusi dataran tanah yang subur. Banyak gua ditemui di hutan-hutannya. Gunung Kinabalu yang tertinggi di Asia Tenggara tersergam indah dengan ketinggian 4,101 meter.

Hutannya yang subur menghijau menjadi tempat lindungan bagi hidupan liar seperti badak sumbu Sumatra, orang utan, gajah, pelanduk, monyet, tupai terbang, rusa dan burung.

Rakyat Sabah dan Sejarah

Sabah juga dirahmati dengan penduduk berbilang kaum. Masyarakat aslinya terdiri daripada sekurang-kurangnya 30 kumpulan menggunakan lebih daripada 50 bahasa dan tidak kurang daripada 80 dialek.

Kumpulan etnik yang utama adalah: Kadazandusun (merupakan satu pertiga dari jumlah penduduk Sabah), Murut, Paitan, dan Bajau. Kumpulan penduduk asli yang lain termasuk Bonggi, Iranun, Ida'an dan Brunei. Sebagai tambahan, kaum Cina merupakan kumpulan penduduk bukan asli yang terbesar. Dengan itu, Sabah adalah kaya dengan penduduk berbagai-bagai kaum dengan latarbelakang kebudayaan masing-masing.

Berdasarkan kepada jumpaan arkeologi, Sabah telah diduduki oleh penghuni sekurang-kurangnya 28,000 tahun yang lalu. Islam sampai di Sabah menjelang akhir abad ke-5 dan ke-16 melalui pedagang Arab dan India dan juga hasil dari pengembangan kerajaan Kesultanan Melayu Brunei.

Orang-orang Eropah datang ke Sabah dua abad kemudiannya. Dalam 1775, Syarikat Hindia-Timur British membuka tempat perdagangan di Pulau Balembangan. Bagaimanapun, Sabah telah ditadbir dengan jayanya oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British dari 1881 hingga 1942 apabila tentera Jepun menduduki negeri ini. Selepas kehancuran akibat peperangan, Sabah jadi jajahan British sehingga 31 Ogos 1963 apabila ia mencapai pemerintahan sendiri dari pihak British. Pada 16 September 1963, Sabah bersama Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu menjadi Persekutuan Malaysia.

Dipetik daripada : Warisan Sabah : Pengenalan Ringkas Sejarah dan Warisan Sabah. Jabatan Muzium Sabah, Kota Kinabalu.1992.

 

Pautan: Kerajaan Negeri Sabah

You are here Sumber Pautan Pilihan
Majlis Daerah Beaufort

Majlis Daerah Beaufort menjamin kesejahteraan masyarakat majmuk di Daerah Beaufort.

Newsletter

Subcribe
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini34
mod_vvisit_counterSemalam155
mod_vvisit_counterMinggu Lalu1525
mod_vvisit_counterBulan Lalu12114
mod_vvisit_counterKeseluruhan708073

We have: 18 guests online
IP Anda: 54.81.42.111
Hari ini: Aug 18, 2017