Tugu Peringatan Starcevich

Tugu Peringatan Starcevich terletak bersebelahan dengan Bangunan Urusetia Daerah Beaufort. Tugu ini dibina bagi memperingati jasa seorang askar Australia yang telah berjuang membebaskan rakyat tempatan dari saki-baki Tentera Jepun selepas Perang Dunia Kedua. klik gambar untuk bacaan lanjut.

 

Membakut Eco-Lake Resort

Membakut Eco-Lake Resort terletak di Daerah Kecil Membakut yang pentadbirannya di bawah Daerah Beaufort. Pelbagai kemudahan ada disediakan disini termasuklah penginapan, tempat seminar, Dewan, tempat resepsi perkahwinan, latihan dan juga bengkel. Di sini juga anda boleh melakukan pelbagai aktiviti riadah seperti bermain badminton, memancing, berbasikal dan jungle trecking.

 

Klias River Cruise

Klias Wetland merupakan hutan simpan kayu bakau yang terletak di semenanjung Klias. Ia mempunyai populasi monyet proboscis yang besar menjadikan Klias Wetland sebagai destinasi eko-pelancongan terkini di Sabah. Haiwan yang tinggal di pokok ini biasanya memakan daun-daun dan buah-buahan pada waktu siang dan paling banyak kelihatan pada waktu petang sehingga banyak kapal pesiaran berlepas dari jeti Kota Klias sekitar jam 3.00 petang. haiwan-haiwan yang mungkin kelihatan di sepanjang sungai adalah kera, buaya, biawak, ular pokok dan burung seperti burung helang. Pada sebelah malam pula, nikmatilah pertunjukan cahaya semulajadi apabila beratus kunang-kunang memaparkan cahaya indah untuk tontonan anda.

 

Garama Wetland

Satu lagi destinasi eko-pelancongan unik untuk anda teroka di Sabah ialah Sungai Garama. Pelayaran yang santai menggunakan bot-bot di sepanjang Sungai Garama untuk melihat monyet Proboscis yang banyak terdapat di sini. Monyet-monyet ini biasanya berada dalam kumpulan yang keci dan memakan daun-daun pokok dan buah-buahan. Haiwan ini hanya terdapat di pulau Borneo. Hutan paya bakau, pokok palma, dan hutan sekunder ini juga menarik pelbagai hutan liar seperti beruk, lotong yang jarang ditemui, rubah terbang, burung dan kerbau. Pelayaran akan berlangsung selama satu setengah jam dan akan berakhir selepas matahari terbenam. Terdapat juga beberapa gerai makanan di sepanjang sungai yang menyajikan hidangan tempatan dan minuman yang menyegarkan.

 

Weston Wetland

Weston disenaraikan sebagai salah satu daripada bandar yang tidak ditelan zaman. Keindahan pemandangan pra-perang, barisan kedai lama, jeti yang berumur 100 tahun, sekolah kayu tertua di Borneo menjadikan weston sebagai bandar lama yang unik. Weston menawarkan pelbagai jenis hidupan liar seperti monyet proboscis, lotong , burung, ular dan banyak lagi. Ia juga mempunyai pelbagai hidupan akuatik seperti ikan belacak, memerang, buaya dan udang galah. Monyet Proboscis memang banyak terdapat di sini dan mudah dilihat pada waktu petang. Bot-bot yang disediakan akan bertolak pada sebelah petang bagi melihat monyet-monyet ini. Kemudian anda akan menikmati keindahan matahari terbenam dan nikmati pengalaman pelayaran malam dengan keindahan cahaya kunang-kunang.

 

Padas Water Rafting

Anda inginkan keseronokan yang mencabar? Sungai Padas ada jawapannya untuk anda. Sungai Padas merupakan sungai yang terpanjang di Sabah, ia menghubungkan Daerah Sipitang, Tenom, Beaufort dan Weston. Laluan sepanjang 30 kilometer ini menjanjikan keseronokan dan cabaran serta 'adrenaline rush' kepada anda. Sungai Padas ini juga merupakan laluan Rafting yang terpanjang di Boneo dan mempunyai jeram yang selamat di Asia Tenggara.

Pautan Pilihan


Hak Cipta Terpelihara Majlis Daerah Beaufort 2018 @mdbft2018.
Terma & Syarat | Dasar KeselamatanDasar Privasi

PENAFIAN: Pihak MDBFT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami disebabkan 
penggunaan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini

.