Leslie Thomas Starcevich VC dilahirkan pada 5 September 1918 di Subiaco, Barat Australia. Beliau merupakan anak ketiga dari sepuluh orang adik beradik. 

Semasa perang meletus Starcevich telah menyertai Australian Imperial Force kedua pada 4 April 1941 (WX11519) di dalam Batalion Infantri 2/43.

Divisyen ke-9 telah mendarat di Teluk Brunei pada 10 Jun 1945 bersama-sama dengan Batalion 2/43rd yang disertai oleh Starcevich mendarat di Pulau Labuan. Sembilan hari kemudian, Batalion ini bergerak ke tanah besar dan pada 28 jun, semasa penahanan Beaufort, ketua pasukan yang disertai Stacevich telah ditembak oleh dua Tentera Jepun dan mengalami kecederaan. Stacevich, yang pada masa itu merupakan seorang Bren-Gunner telah melakukan serangan hendap terhadap Tentera Jepun tersebut, mengakibatkan 5 orang Tentera Jepun terbunuh dan yang lainnya berundur. 

Pada petang hari yang sama, semasa pasukan mereka dikepung semula oleh Tentera Jepun, Starcevich menggunakan taktik yang sama dan berjaya membuhuh tujuh orang Tentera Jepun.

Dengan keberanian tersebut, Starcevisch dikurniakan pingat Victoria Cross.

Starcevich meninggal dunia pada 17 November 1989 semasa berusian 71 tahun, di Barat Australia.

Pada tugu peringatan Starcevich, dicatatkan catatan berikut:

In June 1945
On
This Hill
By His Valour And Disregard Of Danger
Private L.T. Starcevich
of 2/43rd. Battalion.A.I.F.
Routed The Japanese Defenders
Single-Handed, For Which He Was Awarded
The Victoria Cross.

selepas Starcevich meninggal, diatas cadangan rakan seperjuangannya, Stanley Toomey, satu tugu kecil dibina pada tahun 1990. Catatan yang ditulis pada tugu tersebut ialah:

Vale
Leslie Thomas Starcevich V.C.
Born 5-9-1918 Died 17-11-1989
Grass Patch West Australia
Age 71 Years
Lest we Forget
2/43 BN. Association

Pautan Pilihan


Hak Cipta Terpelihara Majlis Daerah Beaufort 2018 @mdbft2018.
Terma & Syarat | Dasar KeselamatanDasar Privasi

PENAFIAN: Pihak MDBFT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami disebabkan 
penggunaan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini

.