Font Size

Screen

Profile

Menu Style

Cpanel
  • PDF

Pengenalan MDBFT

Majlis Daerah Beaufort (MDBFT) merupakan salah sebuah daripada 21 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang ada di negeri Sabah. Penubuhan Majlis Daerah Beaufort bermula pada 01 Januari, 1958 dibawah ‘Municipal and Urban Authorities Ordinance, 1954’ dan ketika itu dikenali sebagai Lembaga Daerah Beaufort yang dipengerusikan oleh seorang Pegawai yang bukan daripada Perkhidmatan Awam dan aktiviti-aktivitinya ditumpukan dalam kawasan pekan sahaja.

Memandangkan perkembangan pembangunan yang berlaku ketika itu menyebabkan struktur organisasi yang ada tidak dapat menampung beban kerja yang semakin bertambah dan permintaan untuk perkhidmatan yang lebih cekap oleh masyarakat setempat semakin bertambah, Lembaga Daerah Beaufort kemudiannya telah disusun semula mengikut Ordinan Kerajaan Tempatan, 1961 dan diberi pengiktirafan sebagai Majlis Daerah Beaufort di bawah Ordinan Kerajaan Tempatan, 1961 pada 01 Januari, 1962. Ordinan ini membolehkan penyatuan kuasa, tugas dan tanggungjawab dibuat secara terperinci dan ditetapkan di dalam satu Undang-undang yang boleh digunakan untuk semua peringkat PBT negeri Sabah.

Pusat pentadbiran Majlis Daerah Beaufort sejak diwujudkan hinggalah pada tahun 1971 adalah terletak di Bangunan Pejabat Resident iaitu bangunan lama Pejabat Daerah Beaufort. Pada tahun 1972 hingga tahun 1975 Majlis Daerah Beaufort beroperasi di bangunan baru Pejabat Urusetia Beaufort. Pada tahun 1976 hingga Februari, 1992 Majlis Daerah Beaufort berpindah ke bangunan Dewan Pa’ Musa Beaufort dan hanya berjaya pindah tetap ke Bangunan Pejabat Majlis Daerah sendiri pada bulan Mac, 1992.

Kawasan bidang kuasa Majlis Daerah Beaufort adalah meliputi keseluruhan Daerah Beaufort dengan keluasan 1,735 Km Persegi yang mana mempunyai sebuah pekan utama iaitu pekan Beaufort dan Lapan buah pekan kecil yang lain iaitu Membakut, Weston, Kota Klias, Gadong, Padas Damit, Limbawang, Bukau dan Lingkungan.

You are here Majlis Daerah Beaufort Info MDBFT Pengenalan
Majlis Daerah Beaufort

Majlis Daerah Beaufort menjamin kesejahteraan masyarakat majmuk di Daerah Beaufort.

Newsletter

Subcribe
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini72
mod_vvisit_counterSemalam208
mod_vvisit_counterMinggu Lalu2240
mod_vvisit_counterBulan Lalu12573
mod_vvisit_counterKeseluruhan679393

We have: 44 guests, 1 bots online
IP Anda: 54.81.47.168
Hari ini: May 24, 2017