Font Size

Screen

Profile

Menu Style

Cpanel
  • PDF

Pelancaran Kempen Anti Kutu Sampah (KAKS) Peringkat Daerah Beaufort

Oleh : ABDUL BAKAR ESAH

BEAUFORT 7 Jun - Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun menyeru semua lapisan masyarakat menerapkan nilai-nilai cintakan kebersihan dan keindahan alam sekitar kerana ia merupakan amalan yang murni.

“Nilai-nilai cintakan kebersihan dan keindahan alam sekitar perlu dipupuk oleh segenap lapisan masyarakat. Anggaplah memelihara kebersihan dan memulihara persekitaran ini juga satu ibadat. Justeru kita tidak akan berkira sangat jika mengamalkan kebaikan sebagai ibadat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Anti Kutu Sampah Peringkat Daerah Beaufort.

Hadir sama Pegawai Daerah Beaufort, Wong Foo Tin; Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Dun Klias, Saidin Museh; PKR Dun Lumadan, Ahmad Momin dan PKR Dun Membakut.

Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias berkata, walaupun dunia kini semakin moden namun mentaliti masyarakat kita masih ketinggalan kerana masih ada yang sanggup membuang sampah di merata-rata; membuang sampah dari tingkap kereta, membuang pembungkus gula-gula, tin minuman, puntung rokok, meninggalkan bekas-bekas makanan dan sebagainya.

“Orang seperti inilah yang kita panggil ‘Kutu Sampah’ yang sewenang-wenangnya membuang sampah di kawasan awam selain terus ke tong sampah,” katanya.

Beliau berkata, tujuan kempen itu agar masyarakat perihatin sebagai mata-mata terhadap tindakan Kutu Sampah dan boleh menasihati serta memberi teguran, dan jika keadaan tidak terkawal boleh juga terus melaporkan untuk tindakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Sesiapa sahaja boleh bertindak menjadi pemantau Kutu Sampah ini. Niat kita bukanlah mendera mereka dengan denda tetapi untuk memberi kesedaran agar mereka mengetahui tanggungjawab menjaga kebersihan secara bersama. Apabila masyarakat tahu membuang sampah merata-rata tempat itu satu kesalahan, maka itu mendorong mereka berdisiplin untuk tidak terus melakukannya,” katanya sambil mengajak semua pihak mempergiatkan kempen itu.

“Kini kita dalam usaha menjadikan Pekan Beaufort sebagai Pekan Tanpa Sampah. Kita perlu mempergiatkan kempen kita agar boleh menjadikan pekan ini sifar sampah. Untuk merealisasikan hasrat ini bukanlah terpikul oleh tanggungjawab PBT semata-mata, tetapi memerlukan kerjasama seluruh masyarakat Beaufort untuk memastikan kebersihan awam.

Bersempena dengan kempen ini, katanya, PBT akan mewujudkan premis-premis atau zon-zon tanpa sampah seperti, Sekolah tanpa Sampah, Pejabat tanpa Sampah, tapak Jaja tanpa Sampah, Tamu Tanpa Sampah, Kampung Tanpa Sampah dan berbagai lagi.

“Lebih banyak zon tanpa sampah dan lebih giat kita mengusahakan kempen kesedaran ini maka tidak mustahil kita boleh mencapai pengiktirafan sebagai Pekan Tanpa Sampah. Jika kita mampu mencapai pengiktirafan itu maka kita sebagai orang Beaufort juga yang boleh turut berbangga.

“Justeru itu saya mahu melihat perubahan sikap masyarakat Beaufort untuk lebih peka dan bertanggungjawab terhadap kawasan ini. Semoga hasrat kita mentransformasikan kawasan ini menjadi Pekan Beaufort Tanpa Sampah akan terlaksana."



Sumber: SK

You are here Berita Pengumuman Pelancaran Kempen Anti Kutu Sampah (KAKS) Peringkat Daerah Beaufort
Majlis Daerah Beaufort

Majlis Daerah Beaufort menjamin kesejahteraan masyarakat majmuk di Daerah Beaufort.

Newsletter

Subcribe
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini130
mod_vvisit_counterSemalam401
mod_vvisit_counterMinggu Lalu2299
mod_vvisit_counterBulan Lalu10068
mod_vvisit_counterKeseluruhan728909

We have: 33 guests, 4 bots online
IP Anda: 54.81.210.99
Hari ini: Oct 24, 2017